Thursday, January 19, 2012

RESEPI - Asam Pedas Melaka



eh ni bukan asam pedas.silap gambar
okay ni betul tapi gambar pinjam



NAK SHARE KAT KAK LINA SHAARI :)

*eazy tak de resepi lengkap,ni sume kira agak2 la kak eh*

Bahan-bahan diperlukan

- Ikan yang da dibersihkan dan dibasuh
- Daging pun sedap(kalau kat melaka TETEL)

BAHAN A - Untuk di kisar/blend sekali

1 mangkuk cili kering kisar (ni pun agak2,kalau dah biasa masak tau)hihi
Sikit belacan - kalau nak n tak resdung.kang gatal hidung susah
2 cm kunyit hidup (pun agak2 hujung jari)
1 sudu besar lada hitam - tumbuk pun boleh
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 cm halia (agak2 hujung jari)
Jintan putih, halba (agak2 banyak die)


BAHAN B - nak masuk dalam asam pedas

Beberapa batang serai - dititik
Daun kesum / bunga kantan - dua2 pun boleh
Tomato kalau suka
Bendi atau terung - auwww sedapnyeee
Kubis jeruk pun kalau suke
Air asam jawa - Buat cair2 sikit pun takpe(tapi asam boh banyak)
Garam,gula atau perasa secukupnya

Minyak - mesti ada :))) untuk tumjs ni.


CARA NAK MASAK DIE : - sinsing lengan

1. Blend semua bahan A tadi ye :) masuk air sket n minyak dalam tu.baru sebati

2. Panaskan minyak(dalam periuk sesuai)

3. Masukkan sikit halba, halia, bawang putih, bawang merah, jintan putih(ni sikit je untuk tumis), pastu biar garing.

4. Lepastu masukkan bahan A yang diblend tadi dan goreng hingga garing, masukkan bunga kantan/serai/daun kesum.

5. Masukkan ikan / bahan utama , selepas tu masukkan air asam jawa (agak2 cair dan pekatnya dan rasa masam die)

6. Biarkan masak jap pastu masukkan bendi/terung/tomato/kubis jeruk sehingga mendidih kuah die(nyum nyum)perasakan dengan garam/gula atau perasa(ajinomoto) kalau nak.

7. Didihkan lagi dan tutup api.Siapppp!! makan dengan nasik panas.sure terangkat :)

*[kuah die pekat lagi sedap.esok tu boleh cicah dengan cekodok]aummmm!


5 comments:

suezen said...

terbaik!!!!....harus try

HaNi NaJMi said...

asam pedas melaka my faveret! thankz share!

Dila azie said...

Hee , dila ni tak pandai masak . Tapi thanks share , nanti bole try ! (:

LINA SHAARI said...

tq eazy syg for sharing this recipe.t bolehla akak cuba

Zurina Hj.Zainal said...

alahai...lapar la pulak tgk asam pedas tu walaupun bukan yg awak buat....hehehe.....nnti saya buatlah....btw, comel lah asam pedas yg first tu....:p