Thursday, February 23, 2012

Setiap Kali Baca Saya Menangis. Ya ALLAH :'(

Saya lambat tahu :'( Perkara ini. Kalau lah saya tahu dari awal lagi. Mungkin 3 minggu lepas. saya juga antara yang akan memberikan sedikit sumbangan dan komen di entry Mazidul : STM ( Saya telah menyumbang) . Ya ALLAH, kanak-kanak sekecil ini di uji dengan cabaran yang begitu hebat sekali. Membayangkan, kita yang diuji sedikit apabila demam pun tak mampu nak bergerak, ini kan pula sakit barah darah seperti adik Faris :((

Saya tiada kaitan dan saya tahu ramai yang membaca juga tiada kaitan dengan beliau. Tetapi betul kata saudara Mazidul. Naluri, naluri seorang ibu membuatkan hati saya benar-benar tersentuh melihat penderitaan kanak-kanak ini. Apatah lagi melihat seluruh tubuh berbalut dan berselirat dengan wayar.

Ya , saya masih menangis lagi. Sendirian, saya tak pasti jika saya begitu kuat untuk menempuhi perkara ini seperti ibu adik faris. Mungkin pada masa itu saya akan hilang semangat,hilang semuanya. Ya ALLAH. :'(


SI COMEL YANG TELAH MENINGGALKAN KITA

AL FATIHAH SAYANG

saya tak mampu nak melihat gambar ini.begitu menyentuh hati dan naluri saya

tapi benar "MATI ITU PASTI" dan setiap dari kita akan menghadapinya

Sama-sama kita relakan


Al Fatihah :"(

Menurut ibunya, adik Faris mengalirkan air matanya mengalir sebaik sahaja beliau menutup mata. Mungkin dia mahu melihat kita gembira tanpa penderitaan beliau.

Wallahualam.

anda yang masih belum tahun boleh baca semua kisah disini :



AL FATIHAH SEKALI LAGI

3 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

saya pn setiap kali membaca entry saudara mazidul dan entry awak juga, air mata saya mengalir....mmg sedih...sangat2 sedih...tapi kita sebagai hamba hanya reda dengan ketentuan dariNya....al-fatihah buat ADIK FARIS....:(

iietamalek said...

saya juga...tak sanggup saya nak baca banyak kali...

salam kenal awk..

=)

Unknown said...

mengalir air mata gak bila baca pasal kisah adik nie...sedih sangat..