Alahai
lamanya tak berblog.
Busy CARI NAFKAH KATANYA :)
Slow slow eh kita try curi masa <3 p="">
3>
Tuesday, October 8, 2013
Fuhhhhh dah berhabuk BLOG ni uols!
di label kan under
eazyjumpablog
Thursday, October 25, 2012
Al kisah Raya
SELAMAT HARI RAYA :)
Korang panggil raya ape? Raya Aidiladha? Raya Kurban? Atau raya lain.
2 TAHUN LEPAS - PREGNANT MEDINA
TAHUN LEPAS - ADE MEDINA
TAHUN NI - TAKDE GAMBAR LAGI TAPI PREGNANT ADIK MEDINA
TAHUN DEPAN - PUN TAKDE GAMBAR LAGI TAPI ADE MEDINA & ADIK
INSYALLAH :)
Kalau aku , kat sini panggil Raya Aji. Mungkin sebab musim orang buat haji kan sekarang. Tapi senang la nak sebut berbanding yang lain tu.
Alhamdulillah, atas rezeki yang lebih sikit tahun ni, kami sekeluarga akan korbankan seekor lembu yang sangat sihat, putih gebu warnanya. Siapa ade nama tau tuan die bagi. Fathanah. Curlasss, lembu pun ade nama. Tak sempat tengok pun rupa dia, tapi hari tu Medina dah pergi survey dengan Umi(my mom), balik dari tengok lembu, aku pun tanya: (sesi dialog)
Aku : Hai baby! hai sayang, baby pergi mana tadi dengan umi??
Medina : Moo moo here, mooo mooo there..Moo moo here..
(dan terus menyanyi sampai habis) siap buat gaya jalan kengkang kengkang.
Aku : Dah kenapa pulak anak aku ni, orang tanye die menyanyi(dalam hati)
Mak : Die suke tadi pergi tengok lembu, lembu tu tak garang, Medina pun sibuk lari lari atas padang rumput.
Aku : Ooooo alkisahnye, patutla happy sakan. Tengok bigggg COW
Lalu hari itu sampai ke malam Medina menyanyi satu rangkap yang sama diselangi dengan ayat Kiiiiikkk Kow, Kikkkk Kow(Big Cow)
di label kan under
keluarga sayangss,
rabbit sayangs,
sophea medina
Monday, October 22, 2012
Promosi Hari Gaji!
SAPE NAK BELI SD2 MURAH MURAH??
MEH SINI MEH.JANGAN MALU MALU.
KALAU TAK NAK KOMEN KAT SINI BOLEH DIRECT SMS EAZY
EAZY 0175317539
PROMOSI HARI GAJI
SD2 (SETIN) + SHAKER + PANDUAN PEMAKANAN + FREE POSTAGE
HANYA RM 170.00
Sape yang nak buat bisnes pun dipersilakan
MODAL RM 60.00 sahaja
KETERANGAN LANJUT DEKAT BLOG EAZY :
KLIK LINK UNTUK INFO LANJUT :)
JANGAN LUPA JAGA BODY TAU!
di label kan under
Alpha Lipid SD2,
Bisnes Dropship,
Bisnes Sambilan,
program diet
Friday, October 19, 2012
Mana perut ni!
Kali ni punya pregnant, perut kecik sikit :) Berbanding dulu. Berat pun dah nak dekat 7 bulan ni baru dalam lingkungan bawah 55kg lagi. Legaaaa sikit. Kalau tak dulu memang macam penguin. Berat naik, selera mengganas. Tapi kali ni dah pandai control makan, kalau terasa macam laparrr je walaupun lepas makan 2 pinggan nasi, aku akan pergi online sampai tertido. Tindakan bijak, sebab kalau tak, kena minum air gula. TAK SEDAP!
Tadi masa assembly pun akak kat opis tegur , dah bape bulan? 4 bulan eh? 3 bulan eh? Hihi bila jawab 6 bulan semua terkejut, and siap cakap wah kau dalam diam2 mengeram. Hahaha. tau takpe. Dok mengeram la ni kak oi, esok esok bulan 2 menetas la nanti :p
Seluar jeans? masih boleh pakai, terutamanya kalau yang jenis lowcut. Memang bawah perut n bawah pusat. Maternity jeans belum muat lagi. Sebab longgar. Pastu jadi labuh macam pinjam seluar orang.
di label kan under
pregnancy
Thursday, October 18, 2012
Alhamdulillah, Im PREGNANT
ALHAMDULILLAH & SYUKUR :)
Im pregnant again for the second time, tapi sebenarnye dah lama uolls. Sekarang dah masuk 24 weeks pun(6 bulan). Sama je macam preggy Medina dulu. I dun have any allergic, morning sickness n etc. Cuma pening2 lalat, penat , n cepat letih(tu pun sebab nak melayankan princess sorang tu). Yang lain takde masalah. Aktif seperti biasa.
Tapi sama juga macam pregnancy dulu. Anemia/ HB LOW again n again. So memang kena makan banyakkkk kerang, banyak hati dan banyakkk ubat. Huwaa. Bosan tau! Kalau low lagi kena amek darah selalu. Tak best sungguh.
Hurm pregnancy moment was good :) N tahun ni alhamdulillah rezeki memang bertambah tambah dari dulu. Prefer nak bersalin di swasta tapi tak decide lagi ke mana. Kalau lambat sangat memang GH je lah macam dulu. Tak kesah pun kat mana sebenarnye, janji boleh bersalin pastu boleh balik rumah dengan selamat :)
N WE DONE FOR 3D SCAN!
Baby sihat, sempurna. Alhamdulillah. Syukur
Menanti bulan Februari yang mendebarkan. Mampukan menguruskan dua orang anak dalam usia muda dan kerja yang semakin membebankan? Semoga dipermudahkan. AMINNNNNN...
di label kan under
pregnancy
Thursday, October 11, 2012
RINDU.
di label kan under
pregnancy
Wednesday, October 3, 2012
Rentetan Baca Blog Kak D.
Korang kenal kak D? Atau nama full die Diana Ishak, kalau tak kenal aku golongkan korang as pembaca blog gosip sahaja. Wakakaka. sebab Kak D ni blogger yang bagi aku femeslah, Kalau die like ke, komen ke kat fb aku sureee aku akan suke hati tahap maksima.
Kak D, pada pandangan aku sebenarnye orang yang simple, walaupun kalau korang tengok kat blog die memanjang je die membebel,TAPI kalau korang follow blog die memang akan jadi macam ketagih, Kalau tak, takkan la aku boleh hafal nama anak2 die, nama adik die, nama mak die(mak aji) n boleh gelak sorang sorang kalau baca blog die. Blog die memang straigt forward. Kalau korang macam ala ala sopan tak digalakkan baca. Sebab kak D memang jenis cakap terus je takde lapik. Hihihi
NAH NAH LINK DIE : http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/
Tapi topik Kak D hari ni macam menarik la kan. Pasal yang anak yang paling disayangi oleh family / parents tu sendiri. Aku rasa dalam family aku ade. Tapi tu perasaan ke ape aku tak tau. Hahaha. Tapi dalam family atif aku rasa macam adik dia. Uwais. Hihihi. Ini bak kata Atief la kan. Tapi aku pun rasa macam tu jugak.
Sebenarnya kadang2 dalam action kite as parent pun tak perasan, kite lebihkan anak tu atau kite kurangkan anak tu. Memang dalam hati kita yang kita akan sayangkan semua sama rata, tapi dalam action atau perkara yang kita lakukan, anak2 sendiri akan dapat rasa. Echewahhh.
Tapi masalahnye sekarang aku baru ade sorang anak. Esok esok kalau beranak lagi satu aku memang nak sayangkan dua2. Minta minta la dua2 tak kan rasa kekurangan dan aku pun tak kan bias dalam perbuatan :) Seram jugak kan, kite dah sayangkan anak tetibe esok2 die da kawen die tak sayang kat kite. Nauzubillah.
Ok dah bye! penat membebel.
di label kan under
seharian
Friday, September 21, 2012
Entry Pasal Birthday
Ah macam ni la jadi, kalau janji nak update tapi sampai 3 hari entry tertunggak. Busy sikit la . Dengan kesihatan yang tak berapa baik sekarang ni :( sob sob sob.
Cerita kesahhh birthday tahun ni. Simple je pun. Hihihi. Hari SABTU (15 SEPTEMBER 2012) aku gerak KL dengan family. Mula2 dah janji dengan atif nak pergi uma karl kat kuala selangor sebab ade open house. Tetibe last minute plan cancelled! sebabnye kawan die ade datang KL n die nak bawa kawan die jalan2. Oh okay takpe takpe, dalam hati MERAJUK. Dahla time tu naik kereta berhimpit. Uwaaa. Bayangkan 4 orang dok dekat belakang n masuk Medina 5 orang. Patah pinggang nak sampai ke Kuala Selangor. Tapi sebab da janji kena pegi jugak
dekat rumah karl :)
Sampai rumah Sunway(rumah kitorang) dalam pukul 9 malam kot. Time ni salam salam atif n buat macam biasa je. Konon merajuk tak habis lagi. Hahaha. Buat la aktiviti biasa(first time aku akan buat bile sampai uma ni ialah buat spotcheck) Yela uma orang bujang sepah sana sini. Peningssss! Tapi kali ni okay, siap dah atif kemas , siap die sembur FEBREZE lagi. Lol.
Tetibe, echewah, Atif keluar dari dapur n nyanyi HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO EAZY, HAPPY BIRTHDAY TO YOU( sambil kat tangan ade pegang kek Baskin Robin). Memang tak sangka sangat la kan, surprise ni akan ada sebab Atif bukan jenis orang yang akan buat surprise n kali ni memang rasa nak menangis, rasa nak lompat, rasa nak hug! Tapi coverrrrrrr, sebab tengah merajuk! Hahaha.
Just pergi kat kek pastu cakap! Thanks sayang :))) sambil senyum. Tahun ni such a wonderful birthday sebab Medina pun da pandai makan kek mama, da pandai tiup lilin mama. Hihihi, N i also got a beautiful Fossil watch from him, Thank you for knowing, loving , n b beside me sayang. I love you n loveeeeee you ever!
Hadiah n kad untuk birthday kamu bulan depan dah pun bb belikan. Haahaha awal gile.
On my birthday pulak, kami just keluar jalan2 pegi makan makan nasi padang, pastu jalan tengok fish dekat AQUARIA :)
di label kan under
keluarga sayangss,
rabbit sayangs,
seharian
Tuesday, September 18, 2012
SELAMAT ULANGTAHUN KE 24
Hari ni 18 September 2012
SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI IZZATI INSYIRAH
SELAMAT HARI JADI :)
24 TAHUN. AKU DAH TUA, walaupun pada pendapat rakan2 aku kat sana usia ni masih muda.
Mungkin mereka tak rasa sebab mereka masih di alam fantasi, ke sana sini tanpa kekangan kerja, tanpa bebanan tugas, urusan keluarga dan urusan rumahtangga. Atau mungkin sebab aku yang terjun awal dalam bidang ni :) Ahhhh ketepikan semua tu.
Yang penting aku HAPPY, dengan keluarga yang masih ada.
HARTA aku tak peduli, yang aku pentingkan KEBAHAGIAAN
Semoga aku bahagia, di dunia, di akhirat, bersama sama orang yang aku sayang
itu je yang aku selalu pinta pada setiap HARI JADI AKU.
SELINGANNNNN......
(padahal aku taip entry ni 14/9/2012) hahahaha.
entry autopublish je. sebab hari ni aku cuti.
TAPI AKU TAK BOLEH NAK CERITA LAGI APA YANG JADI
sebab aku pun tak tau apa yang jadi pada waktu ini dan pada hari ini
di label kan under
keluarga sayangss,
seharian
Friday, September 14, 2012
Tajuk Sama Perubahan . Part 4
Okay sambung sambung. haha semangat sikit sebab ada orang komen n baca :) thanks korang! walaupun aku tau ade yang jenis baca je tapi tak komen(spesis aku letewwww).
Pepatah bukan senang nak senang tu memang betul! susahhhh tau nak senang. sekarang bukanlah senang sangat pun, tapi alhamdulillah kire kalau maintain sales kami akan aim setiap hari dalam 20k, tapi kalau tengah bulan dalam 15k, setakat ni tercapai target setiap hari. Syukur syukur :)
Erm, dulu kami pakai kete waja. Kalau ade yang da berurusan dengan kami dari awal rasanya pernah tengok kereta tu :) Kete tu pun beli second hand je. Tapi banyak berjasa! Kami buka banyak juga booth guna kereta tu. Pegi sana sini dengan kereta tu. Da ade rezeki sket upgrade beli baru. Tapi idakleeee kete import! Kami beli Proton Persona awal tahun aritu. Dan terbaru kami ambil sebiji wira second hand untuk dijadikan kereta untuk delivery barang :)
Rasanya kalau pengalaman ni cerita sampai 20 part pun tak habis, tapi aku pendekkan je lah cerita. Sekarang CATALYST dah jadi macam fenomena, sana sini orang bercerita. Sana sini orang jual minyak kelapa dara. Aku suka, tersenyum sebab tak sangka semua ni akan jadi. Tapi bukan aku sorang saja yang buat. Aku pun bukan owner, hanya seorang insan yang ditemukan oleh bisnes hebat ini. Catalyst memang mengubah hidup kami, tapi kami tak duduk sahaja untuk pergi sejauh ni. Itu yang anda perlu tahu.
Rasanya ramai yang baca ni pun follower dari Catalyst kan?Nasihat aku cuma satu, betulkan niat, dan jangan berputus asa. Kami juga sentiasa diuji. Tapi kami tak pernah melatah, tak pernah mengalah, sebab kami yakin apa yang kami buat tak salah. Hukum manusia tak kan pernah sama dengan hukum Tuhan.
Korang jangan pandang belakang, apa yang korang da buat teruskan, kalau boleh akhirkan dengan kejayaan. Bukan dengan kesilapan. Wahh bermadah gitu! ok nah gambar kalau ade yang rindu nak tengok muka aku :)
hoi ni raya tahun lepas. apesal jadi super GEMOK pun aku tak tau.
EH ADA GAMBAR KERETA WAJAAAA!!!
tsskkkk tskkkkk!
WEY DULU GEMOKKK WEYYYY!
(gambar ni semua aku sendiri pun tak pernah letak kat mana2.haha.MALU!)
(gambar ni semua aku sendiri pun tak pernah letak kat mana2.haha.MALU!)
HA ini gambar TERBARU :)
penat jaga badan. tapi memang nampak la perubahan sikit2 kan? hihi
penat jaga badan. tapi memang nampak la perubahan sikit2 kan? hihi
alhamdulillah, kami bersyukur
dan Ya ALLAH, kau tetapkan lah kami dengan landasanmu
Jangan kau alpakan kami dengan segala nikmatmu
Aminnnn..
AKU DOAKAN KORANG SEMUA BERJAYA !
jangan pandang jauh, pandang kebolehan sendiri, anda juga HEBAT :)
Aku menulis bukan untuk simpati, bukan untuk mintak kami di segani, tapi sebagai contoh:
BERJAYA BUKAN DAPAT DALAM SEHARI :)
BERJAYA BUKAN DAPAT DALAM SEHARI :)
di label kan under
seharian
Subscribe to:
Posts (Atom)