Showing posts with label rabbit sayangs. Show all posts
Showing posts with label rabbit sayangs. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Al kisah Raya

SELAMAT HARI RAYA :)

Korang panggil raya ape? Raya Aidiladha? Raya Kurban? Atau raya lain.

2 TAHUN LEPAS - PREGNANT MEDINA

TAHUN LEPAS - ADE MEDINA

TAHUN NI - TAKDE GAMBAR LAGI TAPI PREGNANT  ADIK MEDINA

TAHUN DEPAN - PUN TAKDE GAMBAR LAGI TAPI ADE MEDINA & ADIK

INSYALLAH :)

Kalau aku , kat sini panggil Raya Aji. Mungkin sebab musim orang buat haji kan sekarang. Tapi senang la nak sebut berbanding yang lain tu. 

Alhamdulillah, atas rezeki yang lebih sikit tahun ni, kami sekeluarga akan korbankan seekor lembu yang sangat sihat, putih gebu warnanya. Siapa ade nama tau tuan die bagi. Fathanah. Curlasss, lembu pun ade nama. Tak sempat tengok pun rupa dia, tapi hari tu Medina dah pergi survey dengan Umi(my mom), balik dari tengok lembu, aku pun tanya: (sesi dialog)


Aku : Hai baby! hai sayang, baby pergi mana tadi dengan umi??


Medina : Moo moo here, mooo mooo there..Moo moo here..
(dan terus menyanyi sampai habis) siap buat gaya jalan kengkang kengkang.

Aku : Dah kenapa pulak anak aku ni, orang tanye die menyanyi(dalam hati)

Mak : Die suke tadi pergi tengok lembu, lembu tu tak garang, Medina pun sibuk lari lari atas padang rumput.

Aku : Ooooo alkisahnye, patutla happy sakan. Tengok bigggg COW



Lalu hari itu sampai ke malam Medina menyanyi satu rangkap yang sama diselangi dengan ayat Kiiiiikkk Kow, Kikkkk Kow(Big Cow)



Friday, September 21, 2012

Entry Pasal Birthday

Ah macam ni la jadi, kalau janji nak update tapi  sampai 3 hari entry tertunggak. Busy sikit la . Dengan kesihatan yang tak berapa baik sekarang ni :( sob sob sob.

Cerita kesahhh birthday tahun ni. Simple je pun. Hihihi. Hari SABTU (15 SEPTEMBER 2012) aku gerak KL dengan family. Mula2 dah janji dengan atif nak pergi uma karl kat kuala selangor sebab ade open house. Tetibe last minute plan cancelled! sebabnye kawan die ade datang KL n die nak bawa kawan die jalan2. Oh okay takpe takpe, dalam hati MERAJUK. Dahla time tu naik kereta berhimpit. Uwaaa. Bayangkan 4 orang dok dekat belakang n masuk Medina 5 orang. Patah pinggang nak sampai ke Kuala Selangor. Tapi sebab da janji kena pegi jugak
dekat rumah karl :)

Sampai rumah Sunway(rumah kitorang) dalam pukul 9 malam kot. Time ni salam salam atif n buat macam biasa je. Konon merajuk tak habis lagi. Hahaha. Buat la aktiviti biasa(first time aku akan buat bile sampai uma ni ialah buat spotcheck) Yela uma orang bujang sepah sana sini. Peningssss! Tapi kali ni okay, siap dah atif kemas , siap die sembur FEBREZE lagi. Lol.

Tetibe, echewah, Atif keluar dari dapur n nyanyi HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO EAZY, HAPPY BIRTHDAY TO YOU( sambil kat tangan ade pegang kek Baskin Robin). Memang tak sangka sangat la kan, surprise ni akan ada sebab Atif bukan jenis orang yang akan buat surprise n kali ni memang rasa nak menangis, rasa nak lompat, rasa nak hug! Tapi coverrrrrrr, sebab tengah merajuk! Hahaha.


Just pergi kat kek pastu cakap! Thanks sayang :))) sambil senyum. Tahun ni such a wonderful birthday sebab Medina pun da pandai makan kek mama, da pandai tiup lilin mama. Hihihi, N i also got a beautiful Fossil watch from him, Thank you for knowing, loving , n b beside me sayang. I love you n loveeeeee you ever!
Hadiah n kad untuk birthday kamu bulan depan dah pun bb belikan. Haahaha awal gile.

On my birthday pulak, kami just keluar jalan2 pegi makan makan nasi padang, pastu jalan tengok fish dekat AQUARIA :) 


Monday, April 9, 2012

thanks sayang!

i love you more n more!

terpikir camne nak style kan boots ni dengan shawl seluar n baju

jadi fashion disaster pulak nanti :)




Monday, March 26, 2012

our 2nd annivesary of LOVE :)


ALHAMDULILLAH :)

menginjak ke tahun ke dua usia kecil perkahwinan kami. Kalau tahun lepas kami memang tak dapat nak sambut sebab tu masih dalam pantang :) so makan ape pun tak boleh.hihihi. Tahun ni alhamdulillah dapat sambut together gether dan lebih meriah dari tahun lepas sebab murah sikit rezeki .hihihi

mula2 plan nak pegi hotel kat area town pastu malas.rase macam tak feeling pulak kan. ade kawan terus pop out one idea untuk makan kat casa del rio. sebelah je sungai melaka. berhadapan dengan kincir agin(terpisah dengan sungai).hotel die cantikkkkkkk sangat.

Mula2 tu bawak medina dulu.maka dengan baju dinner mama pun mengejar anak yang semakin buas di shopping mall. terkedek2 okay.seb baek pakai wedges,kalau tak sure asyik terpelecok je kaki.lepas tu mak n ayah datang amek medina balik rumah :) so mama n papa pegi dating.hihihi



bersantai di fitting room :)


the hotel :) ouhhhh so sweet n romantic dinner we had!


tak boleh dipisahkan dengan hp.urhhhhh

pic of us :)

card dari eazy :) n also perfume for him

i got my new phone .tengsss sayang

oh ye f n b staff kat situ sangat baik.siap bagi one slice kek yang sedap!

LOVE YOU FOREVER N EVER!


Monday, March 19, 2012

Selamat Ulangtahun Sayang !


19 MAC 2010 - 19 MAC 2012 - TILL END

INSYALLAH

BB SAYANGGGGG BIT !

Terima kasih sebab jaga BB & Medina

Jadi bos yang sangat garang dan suka marah2.hihihi

Semoga apa yang kita buat pada hari ini akan dibanggakan pada masa akan datang


LAGU TEMA HARI INI

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

HARI NI SAYA OFF DAYYYYY. AMEK MOOD SIKIT!
lalalalalalala goyang kaki tengok wayang.

DOAKAN KAMI AKAN BAHAGIA,SAMPAI AKHIR HAYAT

Monday, March 12, 2012

perubahan...


how i miss my hubby so much :'(



7 days to go ....

7 days to go..

untuk annivesary ke dua kami :)


alhamdulillah tahun ni rezeki lebih murah jadi kami nak candle lite dinner

UNTUK SEGALA PENAT LELAH YANG DAH DILALUI DAN SEDANG DI RENTANGI

SEBAB BERJAYA MENGATASI DAN MENGAWAL EMOSI MASING-MASING
(maklumlah kalau berbisnes ni emo memang lebihhh, terutamanya bile bos adalah laki sendiri)

CHECKLIST CHECKLIST!!

1. Dinner . Place ( masih belum ditetapkan)
Rennaissance, EQ, Holiday Inn Melaka are shortlisted

2. Gift & Card -Done

3. Facial (Lancome) - Need appointment

4. Full Body Spa & Treatment - Need appointment

5. Menicure & Pedicure - Need appointment

6. Cake / cuppies - Ordered

7. What to wear? (casual je kot.hihihi.takkan nak pakai gown pulak)

- OKAY TU JE :) Annivesary ni jarang diraikan setahun sekali.so time ni la rasa nak dimanjakan dan dibelai2 sikit badan tu. Macam nak kahwin kekdahnye kite berspa bagai.hihihihi




Tuesday, February 21, 2012

Cuti Pendek di Subang!

Hari tu masa atif kena denggi. Dia terpaksa jugak pegi KL sebab nak amek stok CATALYST.Kesian my dear ni. Tapi dia jugak kena drive sebab eazy tak reti driving kat atas highway. IDK why nak kata phobia tak.tapi entahlah.kurang yakin dan tak berani la =.=

Pastu atif kata jom je kite stay sini je lah sehari. Sebabnye tak larat nak drive balik semula. Dalam hati yes yes yes!! dapat la shopping.ekekekeke :)

budak boring menunggu check in(baca buku dulu)


kami stay di sini :) bestnye!

view from our suite .lapang rasa jiwa.tenang fikiran


bilik die sangat besar okayyyy :) depan tu ada tempat guling2 medina
pastu tepi tu ada cam sliding door untuk ke bahagian shower/kitchen
*medina pusing pusing tawaf satu bilik*adoi

budak tak pernah duduk diam

posing sensorang :)
*tapi cermin die kotorla.ada bintik2 hitam muka i*

pavlova n macaroons from serai :) sedappppp

aksi budak kepochi di dalam mall.semua tempat die nak jelajah

lepastu sambung:

makan makan dan shopping2 di empire mall :)
beli kasut yang super gojezzz di Charles n Keith


malam tu balik hotel n tido.esok tu bekpes .kul 12 c/out

tu je cuti pendek kami !



Wednesday, February 8, 2012

WW : Semoga cepat sembuh sayang :(


sayang saya demam :'(
teruk katanya.huuuu
risau dan sangat risau.miss u hubby

wish i could be there with u





Wednesday, January 18, 2012

A sign of LOVE

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR

* saje sharing,nak perbaiki diri n elakkan dari terjadi*


♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...

Wednesday, October 19, 2011

pejam celik mata


tak sangka...

pejam celik dah 1 tahun 7 bulan kitorang kawen..

memang macam2 dugaan dalam tempoh sesingkat ni.Sebab orang kate awal perkahwinan memang banyakkkk dugaan :( ye saye akui.memang banyakkkk

kadang2 terfikir kenapa ??.sebab kitorang masih muda?

selagi hayat masih ada, selagi nafas masih terhela.cintaku hanya untuk kamu suamiku , mohd atif md zain :) i loveeeeeeeeeeee you so much. terima kasih kerana sentiasa berada di sisi.kerana bekerja keras untuk kita sekeluarga.

Monday, October 17, 2011

bye bye sayang.

selamat balik kampung sayang :) see you next saturday.Insyallah.

sebenarnye ade cite lawak time atif nak balik kampung ni. Die ajak i sekali balik..tapiiiiiii,die balik sana bukan nak bercuti saje2, balik nak uruskan bibik untuk maktok.so for sure lah akan membuzy setiap hari tanpa ke sana sini kan? lagipun cuti i dah tinggal 11 hari je.huwaaaaa(raya haji nanti nak cuti seminggu.tinggal la 4 hari). Bekalan hari tua.hehe

kisahnyeeee.

dah frust i tak dapat ikut die balik,semalam die kate,camni (perbualan antara laki-bini)pstttttt,(sila tukar slang anda kepada slang utagha bila baca dialog atif)

atif :bb, bit bawak balik medina boleh?tinggal dengan bit kat sana.

eazy : eh , mane boleh,nanti kalau malam2 die cari mamamama.camne?nanti kalau die nak minum susu camne?die terjaga n nangis tengah malam camne?die berak camne?(dalam hati memang tak senang duduk dah ni)

atif : takpa2 anak bit .taulah bit nak jaga camna.nanti kalau malam2 dia bangkit bit pujuk la dia kasi tidoq balik,bit bancuh susu dia.mesti dia tak nangeh punyaaaa.

eazy : tapi bit tido matiiii.mesti tak jaga kalau medina nanges(susah hati ni).dalam flight nanti sapa nak jaga kalau dia nangis?dah la medina nangis kuat

atif : erm, takpa lah.hari selasa sampai sabtu bukan lama pun.erm, flight pun tak lama, 45 minit ja.boleh ya bit bawak medina balik

eazy: (dalam hati pasrahhhhh).okayyyy boleh,jaga medina baik2 tau.

atif : okay :))))))) nanti bit habaq kat mama

*selang 10 minit kemudian , bb..bit tak jadi lah bawak medina balik.len kali ja k?

-hehehehehe . dah agak dah! dia mesti risau kan?ye lah medina ni memang budak yang baik tapiiiii.die akan cari i jugak lama2.kalau tak nampak sehari memang die akan meragam punye.takpe k papa :) raja haji pun dah tak lama.nanti kita balik sekali naaaaa.bb n medina rindu kedah sangat!

take care papa.we both love you!


Monday, October 3, 2011

Update untuk kali ni :) hehehe


Waaaaaa,lamenye tak update.kirenye sekarang lebih aktif kat fb je n kat blog satu lagi tu.tak tau nak tulis ape sekarang kat blog ni.selalu je log in.hari hari pun log in.Bile tu baca blog peej burhan,zue hantu kuceng, sarah kalam n banyakkkk lagi,tapi skodeng je.nak komen takleh.line kat sini sengal :(

Kali ni nak update kire cukupkan syarat.wakakakaka.dari jadi berhabuk uollssss.

Minggu ni impian nak diet.doa2kan lah berjaya ye.rase macam dah teroberrrr weight banyak benor ni.walaupun niat nak diet.semalam da berjaya makan separuh dulang nasi arab damsyik kat seremban.sedapnye!first time pegi sane.sebelum ni kalau pegi manjanggg je penuh.

hari ni anak i dah 9 bulan!yey.tak lama lagi dah boleh jalan.boleh lari.ikut mama pegi exercise.hehehehe,tapi gigi masih non adooo.

eh eh iklan jap :) eazy ada jual kajal eyeliner ni tau!kalau sape yang berminat boleh add eazy kat FB (nama fb eazy insyira) murah je tau ! RM 10. kalau nak mata cam orang arab tu belilah uollssss.confirm tak menyesal :)