Showing posts with label sedih ni. Show all posts
Showing posts with label sedih ni. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Setiap Kali Baca Saya Menangis. Ya ALLAH :'(

Saya lambat tahu :'( Perkara ini. Kalau lah saya tahu dari awal lagi. Mungkin 3 minggu lepas. saya juga antara yang akan memberikan sedikit sumbangan dan komen di entry Mazidul : STM ( Saya telah menyumbang) . Ya ALLAH, kanak-kanak sekecil ini di uji dengan cabaran yang begitu hebat sekali. Membayangkan, kita yang diuji sedikit apabila demam pun tak mampu nak bergerak, ini kan pula sakit barah darah seperti adik Faris :((

Saya tiada kaitan dan saya tahu ramai yang membaca juga tiada kaitan dengan beliau. Tetapi betul kata saudara Mazidul. Naluri, naluri seorang ibu membuatkan hati saya benar-benar tersentuh melihat penderitaan kanak-kanak ini. Apatah lagi melihat seluruh tubuh berbalut dan berselirat dengan wayar.

Ya , saya masih menangis lagi. Sendirian, saya tak pasti jika saya begitu kuat untuk menempuhi perkara ini seperti ibu adik faris. Mungkin pada masa itu saya akan hilang semangat,hilang semuanya. Ya ALLAH. :'(


SI COMEL YANG TELAH MENINGGALKAN KITA

AL FATIHAH SAYANG

saya tak mampu nak melihat gambar ini.begitu menyentuh hati dan naluri saya

tapi benar "MATI ITU PASTI" dan setiap dari kita akan menghadapinya

Sama-sama kita relakan


Al Fatihah :"(

Menurut ibunya, adik Faris mengalirkan air matanya mengalir sebaik sahaja beliau menutup mata. Mungkin dia mahu melihat kita gembira tanpa penderitaan beliau.

Wallahualam.

anda yang masih belum tahun boleh baca semua kisah disini :



AL FATIHAH SEKALI LAGI

Thursday, February 2, 2012

jam saya dah hilang :(




beli 28 Januari 2012
hilang 01 Februari 2012 :'(

*updated,sebelum ni salah tarikh letak tarikh hilang 01 mac*
nampak sangat fikiran melayang2

sedih sangat.


sorry sayang sebab hilangkan jam ni.bb tak sengaja

Tuesday, January 31, 2012

Dugaan :( Kejadian Semalam

Bile orang perempuan bawak kete kan? ape pun tak perasan.huwaaaa :'(

Kesian my baby P. bile jadi ni?eazy pun tak tau.tapi pakcik eazy kata tengok tayar macam dah jauh eazy bawak.huk adakah time kat jalan yang eazy pecut tu?kalau laju2 tayar pecah jadi ape pulak kan. Seb baek sampai rumah.

Terus rasa fobia nak bawak kete arini.hihi.Sebab membayangkan kereta cam senget2.padahal semalam tak rasa apa pun.

nampak tak sebelah kanan tu?habis terus angin die

habis habis(dalam hati takut atif marah)

tayar yang dikeluarkan.terpenyek terus

=.=' japg kena pegi bengkel sendiri.hukkkkk!



Friday, December 30, 2011

tanpa kata .... :(


sejak akhir-akhir ni tertekan sangat :(((( terasa macam bile dah carik duit banyak-banyak(banyak ke?hehe) masa dengan keluarga sangat lah limit.me busy.atif busy.tersangat busy.kadang2 masa balik dari office terpaksa pusing balik nak pos barang customer sampai ke malam.balik malam tu terus reply order n packed barang customer sampai ke pagi.tido sekejap dah nak kena bangun untuk keje esoknya pulak.badan letih :( rasa lonely.sebab takde sape nak diluahkan perasaan ni.hidup terasa macam dah ditentukan.pagi buat itu,petang buat ini,malam buat tu, pastu buat ni.tension sangat.

alhamdulillah bisnes memang makin maju,.syukurrrr atas nikmat.makin lama makin ramai orang kenal VCO berbanding dulu.setahun yang lepas masa baru2 kami perkenalkan untuk semua.rasa tersenyum dengan pencapaian.tapi quality time dengan keluarga makin merosot.

kalau dulu.........

setiap hari,setiap pagi,setiap masa boleh sms tapi sekarang.tak dah...sebab hp suami dah jadi macam public phone,hp sendiri pun sama.masing2 busy sampaikan bile nak call asyik line busy maka terus putus asa malas nak call.kalau call pun pasal bisnes.tension :(

kalau dulu........

sms tu setakat hujung jari je.tapi sekarang sms pun dah payah dah pasal hp masing2 da touch screen (hahahaha)tak boleh sms time driving.pakai bb pun leceh sbb keypad banyak sangat tak boleh nak taip laju2.

kalau dulu...........

suami balik rumah terus die tanya apa perkembangan diri n keje semua,tapi sekarang die asyik tanya stok stok stok pastu pening nak uruskan hal akaun masing-masing.lagi bertambah tension :(((

tolonglah jangan jadi camni sampai bile-bile.sekarang barulah faham kenapa dalam tv tunjuk bile parents bisnes anak mesti cam terabai sket sbb mmg takde masa. eazy biasa akan main jugak dengan medina walau busy camne pun.kadang2 termarah sikit die pasal die pun selalu sibuk nak susun stok :( pastu malam terus peluk die kuat2 sebab menyesalllll :( pity her.

kepada suamiku:

kitorang berdua sangat rindukan papa yang dulu :'( tsk bye!





Thursday, December 15, 2011

ish melampau la kan.

melampau lampau la sejak akhir2 ni :(

selera makan jadi macam dinosaur gamaknye.nampak itu nak.nampak ini nak.Kalau dalam kepala tu dah takde fikir menda lain, makan makan makan.

bayangkan...

pagi nasi lemak
tengahari nando's
petang domino's

itu selera apa namanya? dah macam gajah bukan??


tengok gambar lame seyezly sedih.nampak cam bahagia je dalam baju n seluar kecik!haha sekarang kalau pakai tshirt semua macam sengsara.dalam hati memang malas nak beli baru sebab masih tak dapat terima badan da membesar. tapi buat masa ni masih boleh pakai seluar saiz 26 kire ok lah kan?eh 26 ke 28 kena tengok balik.tapi tu pun seluar tu macam dah tak boleh bernapas sangat.tang pinggang failed.

sengsara okay bawak badan camni.hahaha!



.DULU.



.SEKARANG.


insaflah eazy oii!!!


Wednesday, October 19, 2011

hati terusik :'(

Ya Allah ,ya tuhanku

kau kuatkan lah hati hambamu ini Ya Allah
sesungguhnya aku lemah menghadapi ujian dan dugaan mu
aku tak kuat nak tempuhi semua ni :'(


Friday, December 3, 2010

hati oh hati

kenapa sekarang ni?

hati ni sangat sangat senang nak terusik :'(

tengah drive tengok orang sebelah ade husband,aku nangis

tengok orang shopping dengan husband,aku nangis

sebelum tido peluk baju atif,aku nangis lagi

atif lepak dengan kawan die n lupe kat aku, aku nangis

tengok progress baby kat ticker,aku nangis

siapkan barang2 baby,pun aku nangis

sms atif,aku menangis....

apetah lagi bile orang tanye atif balik tak minggu ni?

confirm confirm aku menangis

*ya allah.tolonglah.kuatkan hati ini.tabahkan hati ini

Thursday, September 23, 2010

apa salah aku

Kosong :( life sekarang makin kosong.

Aku tak tahu lah ape yg terjadi sekarang.tapi aku rasakan yang sume orang sekeliling aku semakin menjauhkan diri dari aku.kenape?ape salah aku?

Terkasar bahasa ke?
Terlebih gurau ke?
Atau aku memang spesis orang yg tak kan ada kawan rapat.entahlah

Aku dah try dari dulu.untuk berkawan, untuk rapat dengan orang.tapi bile aku semakin mencuba,aku rasa orang tu makin jauh dari aku.tak mungkin ni hanya perasaan aku sebab aku rasa orang tu dapat rasa apa yang jadi.

*rasanya aku tak boleh tidur rumah orang yg aku baru nk berkawan.sbb dari pengalaman aku, lepas aku tidur rumah orang tu.mesti pastu aku ngan die tak boleh ngam.hmmmm.kan seronok kalau atif ada kat sini, boleh mengadu nasib :’(

- aku nak pindah KEDAH!cepattttttttttttttttttttt.stress tak kira dah ni

Wednesday, September 22, 2010

4 kali je lagi

Eazy sekarang dah 24 weeks preggy.alhamdulillah setakat ni takde ape yg berlaku.just kejadian jatuh longkang aritu jelah.huuu.

Klu ikut kiraan lebih kurang 12 weeks to go.kalau nak diikutkan tak lama dah tu.pejam celik pejam celik da nk due date.huwaaa.seramnye.tapi kan,sedih la.sedihhhhhhhh :’(

For baby preparation ofkos la sume parents akan spend a lot terutamanya kalau first baby kan?same going with us.and disebabkan itu.atif terpaksa limitkan trip die utk balik melaka.n we both agreed utk jumpa sebulan sekali je.can you imagine.12 weeks = 4 kali je lagi atif balik sini n dalam 4 kali tu = 12 hari je kitorang dapat jumpe(satu trip 3 hari)

*its all for you little baby*we both love you so much!

Thursday, August 19, 2010

fikir lah sendiri

tak sanggup nk letak gambar yg kejam2 tuh
comel kan baby ni?hihi

Makin hari makin menjadi pulak kan.HARI-HARI mesti ada kes buang bayi L

Tapi tu lah,nak cakap tak berakal.masing-masing pun dah faham rasenye.ke rumah or sepanjang kehidupan korang2 ni tak pena tengok tv or tak pena belajar sains ke hape?pelik memang pelik

Ataupun korang rase mende ni sume main-main?membunuh sorang insan yang belum kenal ape itu erti hidup.yang tahu salah die tapi tak pasal2 ditinggalkan/dibuang atau ade lagi yang lebih kejam dan jahil.pegi bunuh budak tu.

Korang tak rase ke hidup korang tu tak berguna?i repeat.korang ni mmg tak berguna.takde hati perut.mmg tak payah ada pun dalam dunia ni.Ini tak kalau ada kes buang bayi je nanti macam2 la alasan korang buat ;

1.ye saya tahu saya buat silap,saya terlalu fikirkan keseronokan yang sekejap tu(dah tawu tu kenapa la bengap sangat tak pakai protection masa seronok-seronok tu?bodoh ke hape?kan korang tawu ape function kondom tu(padan muke da terkasar bahasa.haha)

2.dia pernah berjanji nak kahwin dengan saya (dah janji ke hape ke, lelaki ni bukan boleh percaya sangat sebab dalam kepala hotak ni mmg NAFSU nak kan menda tu sahajaaaaaaaaa.)

3. saya tertekan duduk dirumah dan persekitaran saya (dah tu kenape kau nak buang perasaan tertekan kau dengan membuat anak?takkah tu tambahkan lagi tertekan kau bile kau tahu kau mengandung anak luar nikah?BENGAP!

*dan banyak lagi lah alasan common yang akan diberi oleh manusia-manusia kejam ni.tapi tiap kali alasan mesti sama.korang ade PERSATUAN ke hape?

Notes;time diorang tu pregnant camne eh?takde alahan ke ape2 ke?

Wednesday, July 14, 2010

bile la nk dapat ni.sangap dah ni!

masuk ni da berapa minggu ako tak dapat-dapat.

gile korang.tak dapat mende ni watkan ako tak tido malam.tak senang duduk.tak selera makan.manditakbasah tu tipu la kan.hmm.byk lagi la tak daripada yang ye.

adeh,cepatla sayang.

bb da tak tahan dah ni :((

nak sangat sangat sangat sangat sangat.

ish tak boleh jadi ni.minggu depan kena balik kedah la camni.











demi mu.







ya demi kamu.












MOI SUP ;)


Wednesday, June 23, 2010

down down down


sedihla.sob sob sob
sebenarnye dari petang semalam da perasan
mula-mula tu die monyok je.ajak maen pown tak nak
pastu masuk cage die nyiawww nyiawwww.
cirit birit.huuuu.da agak mesti die sakit
pastu semalam muntah pulak.arini die diam je

.sissy.jgn la wat ai risau.
petang nnti pegi klinik k?
boringla rumah kalau awak sakit....

Tuesday, May 25, 2010

kesian ako :'(

huwaaaa.nk emo boleh?

so sedih la korang.penat je kan korang vote chiskek yg menggiurkan tu.tapi kak rani da fully booked dis week.so tak dpt la makan chiskek die!penat ako telan air liur semalam.hahaha.last2 kecewa jugak.



nanges.




nanges.





nanges lagi.

*salah ako jugak.sape suruh last minute baru nk order.padan muke!


okay minggu ni nk pegi wat rambut!yihaaa.
terus happy balik.hihi

Wednesday, May 5, 2010

dream to be a - SUPERWOMAN

kadang-kadang ako teringin nak jadi SUPERWOMAN.bukan sebab sexy or tinggi(hahahaha)tapi sebab superwoman boleh terbang.terbang dengan sekelip mata utk pergi tempat yang jauh.

having a PJJ or perkahwinan jarak jauh ni bukan menyeronokkan malah sangat menyeksakan jiwa.pagi tadi hubby sms- kan best kalau u ade kat sini.takde orang nk uruskan bekpes n iron baju bit pegi keje-that time hati ako rase sayu :'( maafkan bb sbb tak dpt jaga makan minum kamu.but kite bukan berjauhan sbb suke.sbb kite berdua kerja.n perlu kerja utk anak-anak kita kelak.

to my hubby(tak tawu la die bace or tak)im sory.thats all i can say :'(

i wish i cud be a SUPERWOMAN...


iklan sikit :)

klik la sini.kalau nk tawu lebih lanjut

Wednesday, April 7, 2010

janganlah :( plez

kan ako dah cakap.ako akan bakal menggemparkan kembali dunia blog.so baru kejap je,mmmmmmmg sangat kejap lah kan.ako cakap je nk aktif kat blog.pastu sesuatu mende telah terjadi.

facebook sudah kena blocked!ye.sekali lagi.sudah di blocked.kite nntikan.mungkin giliran blogspot pulak lepas ni.

fuh sadis!

memang meningkat la kecemerlangan dan integriti masing2 pasni.so akan naek lah gaji dan bonus tahun ni.haha selamat berjuang eazy.(uwaaaaa.sedih la)

i'll b missing u.ceh! :'(

Friday, April 2, 2010

ajal dan maut di tangan tuhan...


malam tadi.about 3am ako dpt message..bukan dari hubby.tapi dari sorang teman.

*din beramboi dah meninggal.al fatihah*

i was like..betul ke ni???..ermmm,dlm ngantuk2 ni ulang bace lagi.ya allah.betul ke ni?ako hanye mampu menitiskan air mata.ye,ako menangis tanpa sedar.walaupun kami tak pena bersua muka,bertegur sapa.tapi lawak dan kata2 pakdin sentiasa ada dalam diri :(

hmmm.baru je kite dgr die jatuh sakit.tapi hari ini.jumaat.pak din telah pergi tak kembali.semoga roh-nya di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang dikasihi.aminnn

sekali lagi.al-fatihah

Monday, February 1, 2010

melangkah ke hari hari itu

makan sorang atif takde.lagi la bosan!

kenape la cinta hati ni jauh sgt?sob sob.nangis belakang almari.huwaaa.kuat lagi!

ish.sejak nk kawen ni.hati ni lagi la mudah tersentuh.sgt2 sensitif.tambah tambah lagi.bulan ni bulan cinta.wah mcm lagu dangdut pulak tetibe.haha

tapi seriyes,hati ni rase mudah sgt nk nk kecik ati dgn si cinta hati.sikit je die cakap boleh wat hati ni rase nk merajuk seminggu.kenape eh?klu die balik lewat,kuar ngan kawan2 aku pulak yg rase cam jeles.cam hape pulak klu dgr aku nk jeles ngan life die kan?im not dat type okay.

sekarang jugak,mood shopping ako tak sehebat dulu.bile pergi sane sini aku just fikirkan psl wedding.rimas pulak org yg temankan aku.maybe.im so sorry dear friends.im getting so nervous.cuz its my big big day!klu korang rase meluat.just tell me.im okay with dat.

note;emosi tak stabil.badan allergic teruk.ohhhhho!

Tuesday, December 8, 2009

ntah ape ape

okay.da selesai misi mengidam nando's tadi.huahuahua.ade orang yg mendengar rintihan hatiku ini.tq doc zue :) tapi kena bayar sendiri.okay la.nando's mane pena tak sedap kan?owez sedap.tambah plak ngan hot peri peri!tak pandang kiri kanan la i makan tadi.ngeee.orang pelahap mmg gitu la gayanye.

tapi yang bengangnye.nando's jusco ayer keroh TAK ADE diulangi NON ADO promosi hari selasa tu.so kena bayar harga biasa la kan.amek set yang 17.50 with drink tu.sedey sedey.tgh syok makan dpt mesej yg tambah bikin panas hati dari makcik i;

ORANG MAKAN KAT NANDO'S MAHKOTA PARADE RM 7.25 je

wth ek?restoran yg same tapi boleh takde lak promotion tu.ish ish ish sekali lagi.tapi takpe la.bab-bab makan ni i kurang berkira sikit.dengan kualiti food yang okay walaupun service tak berapa tip top.nando's jusco adalah dimaafkan.all rise ;)

Thursday, November 5, 2009

berita sedih :(

baru tadi i gembira.sekarang i da sedih.sedih gila.

erm,act.i mmg tak suke dok opis ni.sorryla pade readers yang bace ni kalau die opismate i.mmg i tak pena suke n happy dok sini.i lagi prefer opis lama i.tapi ape nk buwat.bukan jodoh i nk dok lame2 kat situ.erm,actualy i kena pindah kat sini pown atas sebab yang bukan salah i :(

(air mata da bergenang)kan last post i ade cakap yg i nk pg masuk meeting kan?i da masuk bilik meeting then tibe2 ade orang tu boleh cakap.u tak payah ambil minit.nnti saya lantik orang lain.u tak payah la masuk meeting ni.(ayat selebihnye tak payah kowt i tulis.terlalu sensitif.

time tu yuols.i da rase sangat down.rase nk mengalir air mata depan sume orang kat situ.then i pg kat cc,i tinggalkan minit2 dan buku nota catitan.i cakap.bagila pada orang baru nnti.

*hmmm.boleh rase tak camne perasaan i sekarang?
*i da cuba yang terbaek.tapi i tak boleh.
im started to cryin..alone

Wednesday, November 4, 2009

maybe esok i kena buang keje

sebab....

original copy minit mesyuarat dah hilang.
esok adalah meeting.ape nk buat ni?
matila..matila..

klu i da tak update,maksudnye i da kena buang keje.

im worried :(