Friday, September 14, 2012

Tajuk Sama Perubahan . Part 4

Okay sambung sambung. haha semangat sikit sebab ada orang komen n baca :) thanks korang! walaupun aku tau ade yang jenis baca je tapi tak komen(spesis aku letewwww).

Pepatah bukan senang nak senang tu memang betul! susahhhh tau nak senang. sekarang bukanlah senang sangat pun, tapi alhamdulillah kire kalau maintain sales kami akan aim setiap hari dalam 20k, tapi kalau tengah bulan dalam 15k, setakat ni tercapai target setiap hari. Syukur syukur :)

Erm, dulu kami pakai kete waja. Kalau ade yang da berurusan dengan kami dari awal rasanya pernah tengok kereta tu :) Kete tu pun beli second hand je. Tapi banyak berjasa! Kami buka banyak juga booth guna kereta tu. Pegi sana sini dengan kereta tu. Da ade rezeki sket upgrade beli baru. Tapi idakleeee kete import! Kami beli Proton Persona awal tahun aritu. Dan terbaru kami ambil sebiji wira second hand untuk dijadikan kereta untuk delivery barang :) 

 Rasanya kalau pengalaman ni cerita sampai 20 part pun tak habis, tapi aku pendekkan je lah cerita. Sekarang CATALYST dah jadi macam fenomena, sana sini orang bercerita. Sana sini orang jual minyak kelapa dara. Aku suka, tersenyum sebab tak sangka semua ni akan jadi. Tapi bukan aku sorang saja yang buat. Aku pun bukan owner, hanya seorang insan yang ditemukan oleh bisnes hebat ini. Catalyst memang mengubah hidup kami, tapi kami tak duduk sahaja untuk pergi sejauh ni. Itu yang anda perlu tahu. 

Rasanya ramai yang baca ni pun follower dari Catalyst kan?Nasihat aku cuma satu, betulkan niat, dan jangan berputus asa. Kami juga sentiasa diuji. Tapi kami tak pernah melatah, tak pernah mengalah, sebab kami yakin apa yang kami buat tak salah. Hukum manusia tak kan pernah sama dengan hukum Tuhan.

Korang jangan pandang belakang, apa yang korang da buat teruskan, kalau boleh akhirkan dengan kejayaan. Bukan dengan kesilapan. Wahh bermadah gitu! ok nah gambar kalau ade yang rindu nak tengok muka aku :)
hoi ni raya tahun lepas. apesal jadi super GEMOK pun aku tak tau.


EH ADA GAMBAR KERETA WAJAAAA!!!



tsskkkk tskkkkk!

WEY DULU GEMOKKK WEYYYY!
(gambar ni semua aku sendiri pun tak pernah letak kat mana2.haha.MALU!)









HA ini gambar TERBARU :)

penat jaga badan. tapi memang nampak la perubahan sikit2 kan? hihi


alhamdulillah, kami bersyukur

dan Ya ALLAH, kau tetapkan lah kami dengan landasanmu

Jangan kau alpakan kami dengan segala nikmatmu

Aminnnn..


AKU DOAKAN KORANG SEMUA BERJAYA !

jangan pandang jauh, pandang kebolehan sendiri, anda juga HEBAT :)
Aku menulis bukan untuk simpati, bukan untuk mintak kami di segani, tapi sebagai contoh:

BERJAYA BUKAN DAPAT DALAM SEHARI :)



9 comments:

Cik Puan Tqah said...

gud luck eazy..bc semua part.. agak meleleh la.. memang bisness salah satu punca pendapatan.. semoga eazy n atief teruk sukess sokmo.. aminnn

eazy insyira said...

tq tqah.ni pun eazy tak tulis semua. kami susah banyak tqah untuk senang sekarang :) eazy yang tulis pun sebenarnya berjurai air mata.

sedih sekarang tengah nanges
haha!

Cik Puan Tqah said...

hahaha.. jangan nanges.. tqah pon nanges gak..hihi..

Apple Masam said...

kurang yakin nak join bisnes nie . dah berbulan2 pk . sbb sy x byk berckp, x reti promote . dunno what to do la sis ..

Unknown said...

saya salah seorang agen under eazy...proud of u la sis...caiyok2..hehe

Anonymous said...

haha... atif mai downtown pki gps dgn keta waja putih... hahaha
klaka plak igt2 mse jmp dia time tu

Rashila In Da house said...

Semua part shila dh baca, jadi lebih semangat ni utk terus berjaya cam ez=)

Wan Yuneeza said...

doakan saya setabah anda eazy
saya sorang2...husband x minat biz mcm saya....saya byk hutang n mmg nak tlg family...hope saya setabah awak..tq for the perkongsian..wat saya lbh semangat

Sepet said...

sedihnya kecik.. =(

Tapi sekarang dah berjaya.. =)